bukuprima

Tuesday, December 26, 2006


Kehadiran Amylia bagaikan cahaya yang menyuluh kegelapan. Walaupun jauh di sudut hati cahaya bulan yang diimpi Diana. Menyebutkan nama itu membangkitkan rasa rindu yang tidak kunjung padam.

Bersama Akhirnya..........Nur Fatihah Mahmud........RM16.90
Hasriq Danial dan Diana Aima telah menyertai satu perkhemahan yang dianjurkan oleh pihak universiti. Semasa mereka menaiki bukit dengan menggunakan tali, tiba-tiba Hasriq tergelincir dan jatuh menghempap Diana. Kedua-duanya terjatuh di sebuah lembah yang jauh dari kawan-kawannya. Kaki Diana terseliuh dan terpaksalah mereka bermalam di dalam hutan. Hasriq rasa serba salah dan cuba membantu Diana namun Diana tidak mahu dibantu. Dia lebih suka menyendiri dan melayani perasaan. Diana tidak mahu jadi penghalang kerana dia tahu yang Hasriq sudah pun mempunyai kekasih bernama Nadia. Namun setelah dua hari betapa di dalam hutan, perasaan cinta mula berputik walaupun Diana menidakkannya. Pemergian Hasriq ke luar negara melanjutkan pelajaran telah merenggangkan hubungan mereka dan kematian Nenek Timah tempat Diana menumpang kasih telah merubah hidup Diana. Atas perlawaan Mak Esah iaitu adik ibu Diana, Diana menumpang hidup di rumah Mak Esah dan Pak Hamid. Atas permintaan Mak Esah juga, Diana telah dijodohkan dengan Ikmal, sepupunya walaupun dia tidak merestui. ‘Sudah jatuh ditimpa tangga’. Itulah yang tejadi pada hidup Diana setelah Ikmal berterus terang yang dia lebih menyayangi kekasihnya Farah. Diana yang kecewa terus merana setelah Ikmal sanggup membuat fitnah dan mengaibkan maruahnya. Akhirnya, Diana telah membawa diri ke ibu kota. Seperti bidalan orang tua-tua, ‘Hidup tanpa cinta, ibarat taman tak berbunga’. ALLAH Maha Kuasa, tidak semena-mena Diana bertemu semula dengan Hasriq tapi malangnya Hasriq sudah pun ditunangkan dengan Amylia atas permintaan ayahnya, Datuk Hussin. Sesungguhnya pertemuan semula itu menggembirakan Hasriq kerana pada dasar hati Hasriq, sayangnya dia pada Diana masih membara. Datin Sofea, ibu Hasriq sememangnya lebih menyenangi Diana sebagai menantunya. Dia mahu melihat Diana bersuamikan Hasriq sebelum penyakit barah meragut nyawanya. Berlainan pula dengan Datuk Hussin. Dia menentang keras cadangan isterinya. Dia tidak terima Diana yang berstatus janda itu. Baginya hanya Amylia yang layak menjadi menantu. Hasriq keliru dalam memilih teman hidupnya. Dapatkah Hasriq menerima Diana kembali setelah mengetahui dia kini seorang janda? Apa pula kata Amylia? Dan bagaimana tindakan Datuk Hussin seterusnya?
384 halaman

0 Comments:

Post a Comment

<< Home