bukuprima

Tuesday, December 26, 2006


Entah kenapa setiap kali berdepan dengan Hakimi,
Alice dapat merasakan betapa bahagia hidupnya.

Dia berasa cukup bersemangat untuk melalui kehidupannya.

Tapi apabila bersendirian, Alice merasakan dia begitu
kehilangan. Kehilangan sesuatu yang cukup bermakna dalam hidupnya


PELANGI KASIH..........Dia Azura.........RM19.90

PERIBAHASA Melayu ada mengatakan, ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.’ Begitulah yang terjadi kepada kehidupan Alice. Dia merupakan seorang pelajar pintar tingkatan enam atas yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Di sekolah, Alice merupakan pelajar contoh kepada pelajar-pelajar lain.
Namun kemelut rumah tangga papa dan mama Alice membuatkan dia sering menyendiri dan tidak mahu bercampur gaul. Sejak kecil lagi, Alice sering didera oleh papanya, Albert. Begitu juga dengan mamanya, Angelina turut menjadi mangsa. David sepupu Alice, sering bertengkar dengan Alice kerana Alice tidak mahu membawa perkara itu ke tengah. Kisah hidup Alice telah menarik perhatian Hakimi anak seorang pegawai polis. Segalanya bermula bila Hakimi menghadiahkan sejambak bunga kepada Alice ketika Alice dimasukkan ke hospital akibat kemalangan jalan raya. Dan pada masa yang sama, Hakimi sudah pun berkawan rapat dengan Suria. Seorang gadis yang mempunyai ciri-ciri yang diidamkan oleh Hakimi.Konflik tercetus bila hubungan itu diketahui oleh Puan Habsah, iaitu umi Hakimi. Dia tidak merestuinya dan mahukan Hakimi memilih Suria. Alice telah membawa diri ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama kakaknya, Anne. Dia tidak mahu menjadi penghalang cinta Hakimi dan Suria. Setelah Alice meninggalkan Hakimi, Hakimi bagaikan orang yang hilang sinar. Tidak seceria dahulu. Sering muram dan suka menyendiri. Suria juga telah meninggalkan Hakimi setelah mengetahui hubungan Hakimi dan Alice. Apakah yang terjadi pada Hakimi? Dapatkah dia memiliki Alice mahupun Suria? Dan apa pula tindakan Puan Habsah seterusnya? 608 halaman

0 Comments:

Post a Comment

<< Home