bukuprima

Tuesday, December 26, 2006




Amirul menggigil kecil. Masih jelas terpandang
mata budak perempuan itu terperusuk ke dalam.
Berlubang dan kosong. Mulutnya penuh dengan tanah.
Mukanya pucat tidak berdarah....

RINTIHAN MAZLIZA........Zaifuzaman Ahmad..........RM16.60

Pak Berahim adalah pengawal keselamatan di sebuah sekolah yang baru dibina. Sejak sekolah itu dibuka, hanya Pak Berahim sahajalah yang mengawasi sekolah itu siang dan malam. Timbul rasa bosan di hati Pak Berahim dan dia telah berjumpa dengan pegawai ronda bernama Ali untuk ditambah seorang lagi pekerja. Akhirnya Ali bersetuju dan diambil lagi seorang pekerja bernama Amirul. Amirul adalah lepasan kolej yang masih belum mendapat pekerjaan tetap. Ayah Amirul, iaitu Encik Majid adalah sepupu dengan Ali. Sebab itulah, Amirul senang mendapat pekerjaan itu walaupun dia tidak berminat. Setelah seminggu Amirul bekerja, dia sering bertemu dengan seorang kanak-kanak perempuan yang lengkap berpakaian sekolah bermain teng-teng di situ. Amirul tertanya-tanya di dalam hati, siapakah kanak-kanak itu? Mustahil waktu-waktu senja begini masih ada kanak-kanak bermain teng-teng di situ. Amirul cuba mendekati kanak-kanak itu namun setiap kali dia berbuat begitu, kanak-kanak itu pasti akan melarikan diri dan hilang di sebalik bangunan. Sejak itulah, Amirul sering diganggu oleh kanak-kanak misteri itu. Lampu bilik darjah terpasang walhal tiada orang di dalamnya. Kedengaran tapak kasut melangkah tapi apabila Amirul memeriksa tiada sesiapa pun. Begitu juga dengan suara kanak-kanak menangis, mendayu-dayu bunyinya. Suara kucing mengiau-ngiau di sana sini. Semuanya membuat Amirul ingin menyiasat siapakah kanak-kanak itu. Amirul memang tidak percaya pada hantu. Padanya, itu cuma mainan perasaan. Sehinggalah pada suatu hari, dia terjumpa dengan beg sekolah kanak-kanak itu. Barulah Amirul tahu kanak-kanak itu bernama Mazliza. Tapi apa tujuan kanak-kanak itu menakut-nakutkan Amirul? Apa motifnya? Adakah sekolah itu berhantu? Ataupun ada sesuatu yang hendak disampaikan oleh kanak-kanak itu? 368 halaman

0 Comments:

Post a Comment

<< Home