bukuprima

Tuesday, December 26, 2006


Perkahwinanku dengan Zulfakar kerana dijodohkan Perpisahan dengan lelaki itu sudah ditakdirkan. Pertemuan semula aku dan Zahrin satu ketentuan. Aku pasrah dalam kedukaan. Tapi, apakah satu kesilapan? Aku mencintai Zahrin selepas abangnya? Aku tahu buat kali keduanya aku telah mengecewakan mama dan papanya...

SARA KIRANA........Ramlah Rashid.........RM17.90
Soal hati sukar untuk dimengertikan. Sayang bukan bererti cinta, kasih bukan bererti sayang. Maisarah seorang isteri yang taat dan patuh kepada suaminya, Zulfakar. Namun tanpa sebab yang kukuh dia telah diceraikan. Melayari kehidupan rumah tangga bersama Zulfakar membuatkan Maisarah bahagia dengan caranya walaupun Zulfakar tidak menghargainya sebagai seorang isteri. Zahrin, adik Zulfakar telah membantu Maisarah kerana tiada siapa lagi yang boleh diharapkan. Di saat Maisarah memerlukan Zahrin tiba-tiba Zahrin telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bertolak dari rasa kecewa akibat diceraikan, Maisarah bangkit semula sebagai Sara Kirana, seorang penulis novel yang disegani. Dalam meniti hari-hari yang mendatang, Zahrin muncul menagih cinta Maisarah. Sebenarnya, Zahrin telah mencintai Maisarah sebelum dia bergelar isteri Zulfakar. Namun percintaan mereka mendapat tentangan dari bekas mentua Maisarah. Puan Zulaikha dan Haji Salam tidak bersetuju kerana dianggap kurang manis memandangkan Zulfakar masih hidup. Kerana sayangkan anak, akhirnya mereka menerima Maisarah sekali lagi menjadi menantu. Selepas mereka berkahwin, Zulfakar cuba mendekati Maisarah kembali. Perkahwinan barunya dengan Elly tidak bahagia. Zahrin mula cemburu akan abangnya. Malang tidak berbau, tiba-tiba Zahrin ditimpa kemalangan di tempat kerja dan terlantar koma berbulan-bulan. Apakah yang terjadi kepada Maisarah setelah mengetahui Zahrin koma? Dapatkah dia menerima kembali cinta Zulfakar? Dan apa pula tindakan Elly setelah mengetahui Zulfakar cuba memikat Maisarah? 448 halaman


Makin dekat lelaki itu menuju ke arah meja mereka,
makin dada dilanda debar. Rasa macam nak lari aje

tapi nak lari kat mana? Kaki ni, nak angkat pun

dah tak larat lagi! Apatah lagi nak bergerak.

Aduhai.... inspector gadjet, mengapa asyik muncul

depan aku? Suri mengeluh lagi.


CITRA CINTA.........
Antasya Balqis.........RM15.90
Suri, seorang gadis yang cekal dan tabah menghadapi hakikat cinta bersama Fazrul sejak dari bangku sekolah kecundang di tengah jalan. Suri terpaksa akur yang cintanya bersama Fazrul hanyalah cinta monyet setelah Fazrul ditunangkan dengan Azlin atas kehendak keluarga.
Suri berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah kolej bersama Mastura. Sewaktu hari pendaftaran, Suri telah diganggu oleh seorang jejaka bernama Dwen yang terkenal dengan sikap nakalnya suka mengusik pelajar-pelajar perempuan di kampus. Cinta pandang pertama telah membuat Dwen terpikat pada Suri. Namun Suri tidak menghiraukan. Dwen tidak berputus asa. Demi menawan cinta Suri, dia sanggup mengikut Farouk, abang Mastura bercuti ke rumah Suri. Pelbagai peristiwa telah berlaku sehingga Suri mula menaruh hati pada Dwen. Namun perasaan kecewa atas perbuatan Fazrul masih menjadi kudis membuatkan Suri cuba menidakkan perasaan terhadap Dwen. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Suri telah ditunangkan dengan lelaki misteri bernama Eidwan Khalil sedangkan hatinya masih menyintai Dwen. Fazrul pula muncul kembali setelah ditinggalkan Azlin. Dapatkah Suri menerima Eidwan Khalil sebagai teman hidupnya? Apa pula tindakan Dwen untuk menambat hati Suri? Masih adakah cinta Suri untuk Dwen, lelaki yang tidak jemu-jemu menagih cintanya? 336 halaman


Rindunya tiba-tiba datang!
Rindunya begitu sarat! Kenapa dia selalu hadir
ketika hatinya dilanda resah?
Adakah hadirnya untuk menenangkan keadaan
atau mahu menambahkan lagi beban perasaannya
yang sudah bersarang?

SEINDAH RAHSIA......Afiqah Farzana.......RM17.90
Kita hanya merancang namun ALLAH yang menentukan. Begitulah yang terjadi kepada nasib Sri Atiya. Demi menjaga maruah keluarga, Sri Atiya terpaksa menjadi galang ganti kakaknya, Atira bila dia tiba-tiba sahaja hilang di majlis perkahwinannya. Anuar yang sepatutnya menjadi abang ipar Sri, kini menjadi suaminya yang sah. Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan Sri untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Pada mulanya kehidupan rumah tangga Sri bahagia. Tiada apa-apa yang terjadi. Namun setelah lima tahun melayari bahtera bersama, akhirnya rumah tangga yang dibina mula dilanda badai. Anuar menuduh Sri berlaku curang di belakangnya dan akhirnya bercerai. Kehadiran Ilham sebagai ‘secret admire’ dan kemunculan Hadi secara tidak langsung telah merubah hidup Sri. Sri mula melupakan kisah silamnya bersama Anuar dan pertemuan semula dengan Atira membuat hidupnya bersinar kembali. Sri mula tertarik dengan keluhuran hati Hadi dan berhasrat ingin mengambil Hadi sebagai suami namun dalam masa yang sama dia tidak dapat melupakan Ilham yang lebih dulu dikenalinya melalui SMS. Konflik bermula setelah Hadi mengahwini Sri. Bekas suaminya, Anuar telah datang menuntut janji pada Hadi. Hadi telah berjanji pada Anuar untuk mengembalikan Sri. Perkahwinannya atas dasar cina buta. Sri sekali lagi berasa tertekan. Kepercayaan pada Hadi hilang sekelip mata. Dalam masa yang sama, Ilham muncul semula melalui SMS. Sri mula bersemangat kembali dan berhasrat ingin berjumpa. Dapatkah Sri berjumpa dengan Ilham? Apakah pula tindakan Hadi seterusnya? Bagaimanakah pula hubungan Sri dengan bekas suaminya, Anuar? Dan siapa pilihan Sri?
432 halaman


Entah kenapa setiap kali berdepan dengan Hakimi,
Alice dapat merasakan betapa bahagia hidupnya.

Dia berasa cukup bersemangat untuk melalui kehidupannya.

Tapi apabila bersendirian, Alice merasakan dia begitu
kehilangan. Kehilangan sesuatu yang cukup bermakna dalam hidupnya


PELANGI KASIH..........Dia Azura.........RM19.90

PERIBAHASA Melayu ada mengatakan, ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.’ Begitulah yang terjadi kepada kehidupan Alice. Dia merupakan seorang pelajar pintar tingkatan enam atas yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Di sekolah, Alice merupakan pelajar contoh kepada pelajar-pelajar lain.
Namun kemelut rumah tangga papa dan mama Alice membuatkan dia sering menyendiri dan tidak mahu bercampur gaul. Sejak kecil lagi, Alice sering didera oleh papanya, Albert. Begitu juga dengan mamanya, Angelina turut menjadi mangsa. David sepupu Alice, sering bertengkar dengan Alice kerana Alice tidak mahu membawa perkara itu ke tengah. Kisah hidup Alice telah menarik perhatian Hakimi anak seorang pegawai polis. Segalanya bermula bila Hakimi menghadiahkan sejambak bunga kepada Alice ketika Alice dimasukkan ke hospital akibat kemalangan jalan raya. Dan pada masa yang sama, Hakimi sudah pun berkawan rapat dengan Suria. Seorang gadis yang mempunyai ciri-ciri yang diidamkan oleh Hakimi.Konflik tercetus bila hubungan itu diketahui oleh Puan Habsah, iaitu umi Hakimi. Dia tidak merestuinya dan mahukan Hakimi memilih Suria. Alice telah membawa diri ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama kakaknya, Anne. Dia tidak mahu menjadi penghalang cinta Hakimi dan Suria. Setelah Alice meninggalkan Hakimi, Hakimi bagaikan orang yang hilang sinar. Tidak seceria dahulu. Sering muram dan suka menyendiri. Suria juga telah meninggalkan Hakimi setelah mengetahui hubungan Hakimi dan Alice. Apakah yang terjadi pada Hakimi? Dapatkah dia memiliki Alice mahupun Suria? Dan apa pula tindakan Puan Habsah seterusnya? 608 halaman




Amirul menggigil kecil. Masih jelas terpandang
mata budak perempuan itu terperusuk ke dalam.
Berlubang dan kosong. Mulutnya penuh dengan tanah.
Mukanya pucat tidak berdarah....

RINTIHAN MAZLIZA........Zaifuzaman Ahmad..........RM16.60

Pak Berahim adalah pengawal keselamatan di sebuah sekolah yang baru dibina. Sejak sekolah itu dibuka, hanya Pak Berahim sahajalah yang mengawasi sekolah itu siang dan malam. Timbul rasa bosan di hati Pak Berahim dan dia telah berjumpa dengan pegawai ronda bernama Ali untuk ditambah seorang lagi pekerja. Akhirnya Ali bersetuju dan diambil lagi seorang pekerja bernama Amirul. Amirul adalah lepasan kolej yang masih belum mendapat pekerjaan tetap. Ayah Amirul, iaitu Encik Majid adalah sepupu dengan Ali. Sebab itulah, Amirul senang mendapat pekerjaan itu walaupun dia tidak berminat. Setelah seminggu Amirul bekerja, dia sering bertemu dengan seorang kanak-kanak perempuan yang lengkap berpakaian sekolah bermain teng-teng di situ. Amirul tertanya-tanya di dalam hati, siapakah kanak-kanak itu? Mustahil waktu-waktu senja begini masih ada kanak-kanak bermain teng-teng di situ. Amirul cuba mendekati kanak-kanak itu namun setiap kali dia berbuat begitu, kanak-kanak itu pasti akan melarikan diri dan hilang di sebalik bangunan. Sejak itulah, Amirul sering diganggu oleh kanak-kanak misteri itu. Lampu bilik darjah terpasang walhal tiada orang di dalamnya. Kedengaran tapak kasut melangkah tapi apabila Amirul memeriksa tiada sesiapa pun. Begitu juga dengan suara kanak-kanak menangis, mendayu-dayu bunyinya. Suara kucing mengiau-ngiau di sana sini. Semuanya membuat Amirul ingin menyiasat siapakah kanak-kanak itu. Amirul memang tidak percaya pada hantu. Padanya, itu cuma mainan perasaan. Sehinggalah pada suatu hari, dia terjumpa dengan beg sekolah kanak-kanak itu. Barulah Amirul tahu kanak-kanak itu bernama Mazliza. Tapi apa tujuan kanak-kanak itu menakut-nakutkan Amirul? Apa motifnya? Adakah sekolah itu berhantu? Ataupun ada sesuatu yang hendak disampaikan oleh kanak-kanak itu? 368 halaman


Cinta yang tidak berasas ibarat pokok yang baru mula tumbuh di biarkan kering dan mati. Pedih di hati hanya TUHAN sahaja yang tahu..... Bintang yang ingin dicapai rupa-rupanya hanya debu kaca yang berterbangan di kala malam.

Kalau Ada Cinta.........Hana Emi Husna.......RM16.60 Atas dasar simpati terhadap Pak Ngah Rafiq dan Mak Ngah Aisyah, Shahirah sanggup berkahwin dalam usia muda. Pengorbanan yang diberikan oleh Pak Ngah Rafiq dan Mak Ngah Aisyah menjaga Shahirah setelah kematian keluarga dalam satu kemalangan jalan raya memaksa Shahirah menerimanya. Isteri majikan Pak Ngah Rafiq bekerja menyuruh dia mencarikan calon untuk suaminya Fariz. Julia adalah isteri kepada Fariz. Orangnya cantik, berbudi bahasa dan bertanggungjawab namun disebabkan masalah kesihatan, dia rela mencarikan pengganti untuk suaminya. Fariz tidak bersetuju kerana Julia adalah wanita yang sangat dicintai walaupun mereka belum lagi dikurniakan cahayamata. Tidak mungkin dia mencari lain.Shahirah kebingungan. Tidak tahu hendak buat apa. Sanggupkah dia hidup bermadu? Lagipun Fariz tidak dicintai. Begitu juga dengan Fariz. Dia tidak boleh hidup tanpa Julia. Cintanya hanya untuk Julia. Namun Julia mahu membahagiakan Fariz. Sudah lama dia menderita sejak dia menghidapi penyakit serius. Status isteri kedua membawa tanggapan negatif ibu mentua dan adik ipar Fariz. Mereka tidak menerima Shahirah dalam keluarga dan menuduh Shahirah merampas kebahagiaan Fariz. Shahirah tertekan. Perselisihan berlaku antara Fariz dan Shahirah. Akhirnya Shahirah membawa diri. Ke manakah Shahirah lari? Dan apa pula tindakan Fariz? 352 halaman


Kehadiran Amylia bagaikan cahaya yang menyuluh kegelapan. Walaupun jauh di sudut hati cahaya bulan yang diimpi Diana. Menyebutkan nama itu membangkitkan rasa rindu yang tidak kunjung padam.

Bersama Akhirnya..........Nur Fatihah Mahmud........RM16.90
Hasriq Danial dan Diana Aima telah menyertai satu perkhemahan yang dianjurkan oleh pihak universiti. Semasa mereka menaiki bukit dengan menggunakan tali, tiba-tiba Hasriq tergelincir dan jatuh menghempap Diana. Kedua-duanya terjatuh di sebuah lembah yang jauh dari kawan-kawannya. Kaki Diana terseliuh dan terpaksalah mereka bermalam di dalam hutan. Hasriq rasa serba salah dan cuba membantu Diana namun Diana tidak mahu dibantu. Dia lebih suka menyendiri dan melayani perasaan. Diana tidak mahu jadi penghalang kerana dia tahu yang Hasriq sudah pun mempunyai kekasih bernama Nadia. Namun setelah dua hari betapa di dalam hutan, perasaan cinta mula berputik walaupun Diana menidakkannya. Pemergian Hasriq ke luar negara melanjutkan pelajaran telah merenggangkan hubungan mereka dan kematian Nenek Timah tempat Diana menumpang kasih telah merubah hidup Diana. Atas perlawaan Mak Esah iaitu adik ibu Diana, Diana menumpang hidup di rumah Mak Esah dan Pak Hamid. Atas permintaan Mak Esah juga, Diana telah dijodohkan dengan Ikmal, sepupunya walaupun dia tidak merestui. ‘Sudah jatuh ditimpa tangga’. Itulah yang tejadi pada hidup Diana setelah Ikmal berterus terang yang dia lebih menyayangi kekasihnya Farah. Diana yang kecewa terus merana setelah Ikmal sanggup membuat fitnah dan mengaibkan maruahnya. Akhirnya, Diana telah membawa diri ke ibu kota. Seperti bidalan orang tua-tua, ‘Hidup tanpa cinta, ibarat taman tak berbunga’. ALLAH Maha Kuasa, tidak semena-mena Diana bertemu semula dengan Hasriq tapi malangnya Hasriq sudah pun ditunangkan dengan Amylia atas permintaan ayahnya, Datuk Hussin. Sesungguhnya pertemuan semula itu menggembirakan Hasriq kerana pada dasar hati Hasriq, sayangnya dia pada Diana masih membara. Datin Sofea, ibu Hasriq sememangnya lebih menyenangi Diana sebagai menantunya. Dia mahu melihat Diana bersuamikan Hasriq sebelum penyakit barah meragut nyawanya. Berlainan pula dengan Datuk Hussin. Dia menentang keras cadangan isterinya. Dia tidak terima Diana yang berstatus janda itu. Baginya hanya Amylia yang layak menjadi menantu. Hasriq keliru dalam memilih teman hidupnya. Dapatkah Hasriq menerima Diana kembali setelah mengetahui dia kini seorang janda? Apa pula kata Amylia? Dan bagaimana tindakan Datuk Hussin seterusnya?
384 halaman




Seperti di hujung perjalanan itu,
ada sebuah cahaya yang bisa meneranginya sampai bila-bila.
Tapi sayang, cahaya itu sebenarnya sebuah duka yang amat pedih.
Pertemuan itu hanya satu persinggahan.

JANJI KITA.......Izzat Joelati........RM16.90


Datuk Afizal dan Datin Hidayah mempunyai seorang anak gadis bernama Izyan Amira. Izyan seorang gadis yang pintar dalam pelajaran dan sering mendapat markah tinggi dalam peperiksaan yang didudukinya. Tahun ini, Izyan akan menduduki Peperiksaan STPM dan bercita-cita ingin memilih pekerjaan tanpa dikongkong oleh orang tuanya. Datuk Afizal dan Datin Hidayah tidak bersetuju dengan keputusan Izyan yang ingin memilih sendiri pekerjaannya sebaliknya Datuk Afizal dan Datin Hidayah mahu anaknya itu mengikut jejak abangnya yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Izyan merajuk hati dan mengikut sepupunya Faizal pulang ke kampung. Di kampung Izyan telah berkenalan dengan seorang pemuda bernama Amir. Amir merupakan seorang usahawan kampung yang mengusahakan penternakan ayam, itik, lembu dan kerbau di samping mempunyai kolam ikan dan juga kebun sayur-sayuran. Dia merupakan pemuda kampung yang mempunyai kelulusan tinggi namun disebabkan susah hendak mendapat pekerjaan dia telah nekad untuk menjadi petani moden. Perkenalan bermula dalam satu insiden di mana Izyan terjatuh ke dalam petak sawah. Kebetulan Amir lalu di situ dan membantu Izyan. Dari situlah mereka mula mengenali hati masing-masing namun perhubungan mereka tidak direstui oleh Datuk Afizal dan Datin Hidayah. Mereka mahukan Izyan memilih orang yang ada pangkat dan kedudukan dan bukannya seorang usahawan kampung seperti Amir. Izyan tidak bersetuju dengan cadangan orang tuanya dan nekad ingin berkahwin dengan Amir. Dapatkah Izyan berkahwin dengan Amir? Dan apa pula tindakan Datuk Afizal dan Datin Hidayah?D 352 halaman



Seperti di hujung perjalanan itu, ada sebuah cahaya yang bisa meneranginya sampai bila-bila. Tapi sayang, cahaya itu sebenarnya sebuah duka yang amat pedih. Pertemuan itu hanya satu persinggahan.

JANJI KITA.......Izzat Joelati........RM16.90