bukuprima

Wednesday, May 10, 2006


KEPADA PEMBACA YANG INGIN MELANGGAN Dapatkan borang langganan novel-novel keluaran BUKU PRIMA di akhbar BACARIA (10 Mei/ bil.2225) dan MEDIA HIBURAN (bil.1096/6 Mei)

Sunday, May 07, 2006




SECARIK HARAPAN.............Zulaila Zakaria................RM19.90
TINDAKAN Adham mengahwini gadis asing bernama Nattasha telah menimbulkan konflik dalam keluarganya yang telah merancang menjodohkan Adham dengan Izzah anak Tuan Haji Ibrahim. Akibatnya, Adham bertindak menjauhkan diri dari keluarga dan meninggalkan kampung halaman. Kemunculan Aliya Nattalia, anak Adham telah membawa satu perubahan dalam hidup Tuk Wa, ibu Adham yang mahu merapatkan kembali hubungannya dengan keluarga Haji Ibrahim.Kali ini Tuk Wa mahu menjodohkan Nattalia dan Izzat Zaidi anak bongsu Haji Ibrahim untuk mendapatkan kembali tanah pusaka. Tanpa diduga suatu hari, Nattalia hampir lemas sewaktu bermain di tali air dan dia telah diselamatkan oleh Zaidi. Sejak itu, cinta mula berputik. Namun percintaan mereka mendapat halangan dari Adham. Dapatkah Tuk Wa merealisasikan hasratnya yang telah lama terpendam untuk menjodohkan Nattalia dengan Zaidi. Dan apa pula tindakan Adham seterusnya?



PAHITNYA MADU..........Nur Aifa...........RM16.90
SERINA telah berkahwin dengan Razlan di atas sebab-sebab simpati walaupun dia tahu yang Razlan sudah pun mempunyai isteri. Pada mulanya, kehidupan rumah tangga Razlan dan Serina berjalan lancar, tiada apa yang mengganggu mereka. Namun dalam diam, Razlan telah mengkhianati janji manis yang ditaburkan dan berkahwin lain. Setelah Serina mendapat tahu tentang hal ini, dia pun membawa diri. Pergaduhan tercetus antara isteri pertama, Rokiah dan ketiga, Anita. Masing-masing mahu merebut Razlan. Razlan kebingungan. Tembelangnya sudah pecah. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Siapakah yang Razlan pilih antara ketiganya?



CINTA NAJLA...........Shahriah Abdullah..........RM16.90
KEHIDUPAN rumah tangga Najla dan Herman bertambah seri setelah mendapati Najla mengandung. Sejak dia mengandung, Najla amat gemar memakan epal merah. Boleh dikatakan setiap hari, Herman akan singgah di kedai mendapatkan epal merah untuknya. Kalau tidak, seharian dia akan merajuk. Pada suatu hari, entah di mana silapnya, Najla mengalami sakit perut yang amat sangat. Macam hendak bersalin padahal kandungannya baru berusia tujuh bulan. Najla dibawa ke hospital tapi malangnya anaknya tidak dapat diselamatkan. Herman begitu kecewa dan menuduh Najla membunuh anaknya. Najla sedih dan Herman pula lari dari rumah. Dikejutkan pula, Herman berkahwin lain tanpa persetujuan.