bukuprima

Tuesday, December 26, 2006


Perkahwinanku dengan Zulfakar kerana dijodohkan Perpisahan dengan lelaki itu sudah ditakdirkan. Pertemuan semula aku dan Zahrin satu ketentuan. Aku pasrah dalam kedukaan. Tapi, apakah satu kesilapan? Aku mencintai Zahrin selepas abangnya? Aku tahu buat kali keduanya aku telah mengecewakan mama dan papanya...

SARA KIRANA........Ramlah Rashid.........RM17.90
Soal hati sukar untuk dimengertikan. Sayang bukan bererti cinta, kasih bukan bererti sayang. Maisarah seorang isteri yang taat dan patuh kepada suaminya, Zulfakar. Namun tanpa sebab yang kukuh dia telah diceraikan. Melayari kehidupan rumah tangga bersama Zulfakar membuatkan Maisarah bahagia dengan caranya walaupun Zulfakar tidak menghargainya sebagai seorang isteri. Zahrin, adik Zulfakar telah membantu Maisarah kerana tiada siapa lagi yang boleh diharapkan. Di saat Maisarah memerlukan Zahrin tiba-tiba Zahrin telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bertolak dari rasa kecewa akibat diceraikan, Maisarah bangkit semula sebagai Sara Kirana, seorang penulis novel yang disegani. Dalam meniti hari-hari yang mendatang, Zahrin muncul menagih cinta Maisarah. Sebenarnya, Zahrin telah mencintai Maisarah sebelum dia bergelar isteri Zulfakar. Namun percintaan mereka mendapat tentangan dari bekas mentua Maisarah. Puan Zulaikha dan Haji Salam tidak bersetuju kerana dianggap kurang manis memandangkan Zulfakar masih hidup. Kerana sayangkan anak, akhirnya mereka menerima Maisarah sekali lagi menjadi menantu. Selepas mereka berkahwin, Zulfakar cuba mendekati Maisarah kembali. Perkahwinan barunya dengan Elly tidak bahagia. Zahrin mula cemburu akan abangnya. Malang tidak berbau, tiba-tiba Zahrin ditimpa kemalangan di tempat kerja dan terlantar koma berbulan-bulan. Apakah yang terjadi kepada Maisarah setelah mengetahui Zahrin koma? Dapatkah dia menerima kembali cinta Zulfakar? Dan apa pula tindakan Elly setelah mengetahui Zulfakar cuba memikat Maisarah? 448 halaman


Makin dekat lelaki itu menuju ke arah meja mereka,
makin dada dilanda debar. Rasa macam nak lari aje

tapi nak lari kat mana? Kaki ni, nak angkat pun

dah tak larat lagi! Apatah lagi nak bergerak.

Aduhai.... inspector gadjet, mengapa asyik muncul

depan aku? Suri mengeluh lagi.


CITRA CINTA.........
Antasya Balqis.........RM15.90
Suri, seorang gadis yang cekal dan tabah menghadapi hakikat cinta bersama Fazrul sejak dari bangku sekolah kecundang di tengah jalan. Suri terpaksa akur yang cintanya bersama Fazrul hanyalah cinta monyet setelah Fazrul ditunangkan dengan Azlin atas kehendak keluarga.
Suri berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah kolej bersama Mastura. Sewaktu hari pendaftaran, Suri telah diganggu oleh seorang jejaka bernama Dwen yang terkenal dengan sikap nakalnya suka mengusik pelajar-pelajar perempuan di kampus. Cinta pandang pertama telah membuat Dwen terpikat pada Suri. Namun Suri tidak menghiraukan. Dwen tidak berputus asa. Demi menawan cinta Suri, dia sanggup mengikut Farouk, abang Mastura bercuti ke rumah Suri. Pelbagai peristiwa telah berlaku sehingga Suri mula menaruh hati pada Dwen. Namun perasaan kecewa atas perbuatan Fazrul masih menjadi kudis membuatkan Suri cuba menidakkan perasaan terhadap Dwen. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Suri telah ditunangkan dengan lelaki misteri bernama Eidwan Khalil sedangkan hatinya masih menyintai Dwen. Fazrul pula muncul kembali setelah ditinggalkan Azlin. Dapatkah Suri menerima Eidwan Khalil sebagai teman hidupnya? Apa pula tindakan Dwen untuk menambat hati Suri? Masih adakah cinta Suri untuk Dwen, lelaki yang tidak jemu-jemu menagih cintanya? 336 halaman


Rindunya tiba-tiba datang!
Rindunya begitu sarat! Kenapa dia selalu hadir
ketika hatinya dilanda resah?
Adakah hadirnya untuk menenangkan keadaan
atau mahu menambahkan lagi beban perasaannya
yang sudah bersarang?

SEINDAH RAHSIA......Afiqah Farzana.......RM17.90
Kita hanya merancang namun ALLAH yang menentukan. Begitulah yang terjadi kepada nasib Sri Atiya. Demi menjaga maruah keluarga, Sri Atiya terpaksa menjadi galang ganti kakaknya, Atira bila dia tiba-tiba sahaja hilang di majlis perkahwinannya. Anuar yang sepatutnya menjadi abang ipar Sri, kini menjadi suaminya yang sah. Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan Sri untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Pada mulanya kehidupan rumah tangga Sri bahagia. Tiada apa-apa yang terjadi. Namun setelah lima tahun melayari bahtera bersama, akhirnya rumah tangga yang dibina mula dilanda badai. Anuar menuduh Sri berlaku curang di belakangnya dan akhirnya bercerai. Kehadiran Ilham sebagai ‘secret admire’ dan kemunculan Hadi secara tidak langsung telah merubah hidup Sri. Sri mula melupakan kisah silamnya bersama Anuar dan pertemuan semula dengan Atira membuat hidupnya bersinar kembali. Sri mula tertarik dengan keluhuran hati Hadi dan berhasrat ingin mengambil Hadi sebagai suami namun dalam masa yang sama dia tidak dapat melupakan Ilham yang lebih dulu dikenalinya melalui SMS. Konflik bermula setelah Hadi mengahwini Sri. Bekas suaminya, Anuar telah datang menuntut janji pada Hadi. Hadi telah berjanji pada Anuar untuk mengembalikan Sri. Perkahwinannya atas dasar cina buta. Sri sekali lagi berasa tertekan. Kepercayaan pada Hadi hilang sekelip mata. Dalam masa yang sama, Ilham muncul semula melalui SMS. Sri mula bersemangat kembali dan berhasrat ingin berjumpa. Dapatkah Sri berjumpa dengan Ilham? Apakah pula tindakan Hadi seterusnya? Bagaimanakah pula hubungan Sri dengan bekas suaminya, Anuar? Dan siapa pilihan Sri?
432 halaman


Entah kenapa setiap kali berdepan dengan Hakimi,
Alice dapat merasakan betapa bahagia hidupnya.

Dia berasa cukup bersemangat untuk melalui kehidupannya.

Tapi apabila bersendirian, Alice merasakan dia begitu
kehilangan. Kehilangan sesuatu yang cukup bermakna dalam hidupnya


PELANGI KASIH..........Dia Azura.........RM19.90

PERIBAHASA Melayu ada mengatakan, ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.’ Begitulah yang terjadi kepada kehidupan Alice. Dia merupakan seorang pelajar pintar tingkatan enam atas yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Di sekolah, Alice merupakan pelajar contoh kepada pelajar-pelajar lain.
Namun kemelut rumah tangga papa dan mama Alice membuatkan dia sering menyendiri dan tidak mahu bercampur gaul. Sejak kecil lagi, Alice sering didera oleh papanya, Albert. Begitu juga dengan mamanya, Angelina turut menjadi mangsa. David sepupu Alice, sering bertengkar dengan Alice kerana Alice tidak mahu membawa perkara itu ke tengah. Kisah hidup Alice telah menarik perhatian Hakimi anak seorang pegawai polis. Segalanya bermula bila Hakimi menghadiahkan sejambak bunga kepada Alice ketika Alice dimasukkan ke hospital akibat kemalangan jalan raya. Dan pada masa yang sama, Hakimi sudah pun berkawan rapat dengan Suria. Seorang gadis yang mempunyai ciri-ciri yang diidamkan oleh Hakimi.Konflik tercetus bila hubungan itu diketahui oleh Puan Habsah, iaitu umi Hakimi. Dia tidak merestuinya dan mahukan Hakimi memilih Suria. Alice telah membawa diri ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama kakaknya, Anne. Dia tidak mahu menjadi penghalang cinta Hakimi dan Suria. Setelah Alice meninggalkan Hakimi, Hakimi bagaikan orang yang hilang sinar. Tidak seceria dahulu. Sering muram dan suka menyendiri. Suria juga telah meninggalkan Hakimi setelah mengetahui hubungan Hakimi dan Alice. Apakah yang terjadi pada Hakimi? Dapatkah dia memiliki Alice mahupun Suria? Dan apa pula tindakan Puan Habsah seterusnya? 608 halaman




Amirul menggigil kecil. Masih jelas terpandang
mata budak perempuan itu terperusuk ke dalam.
Berlubang dan kosong. Mulutnya penuh dengan tanah.
Mukanya pucat tidak berdarah....

RINTIHAN MAZLIZA........Zaifuzaman Ahmad..........RM16.60

Pak Berahim adalah pengawal keselamatan di sebuah sekolah yang baru dibina. Sejak sekolah itu dibuka, hanya Pak Berahim sahajalah yang mengawasi sekolah itu siang dan malam. Timbul rasa bosan di hati Pak Berahim dan dia telah berjumpa dengan pegawai ronda bernama Ali untuk ditambah seorang lagi pekerja. Akhirnya Ali bersetuju dan diambil lagi seorang pekerja bernama Amirul. Amirul adalah lepasan kolej yang masih belum mendapat pekerjaan tetap. Ayah Amirul, iaitu Encik Majid adalah sepupu dengan Ali. Sebab itulah, Amirul senang mendapat pekerjaan itu walaupun dia tidak berminat. Setelah seminggu Amirul bekerja, dia sering bertemu dengan seorang kanak-kanak perempuan yang lengkap berpakaian sekolah bermain teng-teng di situ. Amirul tertanya-tanya di dalam hati, siapakah kanak-kanak itu? Mustahil waktu-waktu senja begini masih ada kanak-kanak bermain teng-teng di situ. Amirul cuba mendekati kanak-kanak itu namun setiap kali dia berbuat begitu, kanak-kanak itu pasti akan melarikan diri dan hilang di sebalik bangunan. Sejak itulah, Amirul sering diganggu oleh kanak-kanak misteri itu. Lampu bilik darjah terpasang walhal tiada orang di dalamnya. Kedengaran tapak kasut melangkah tapi apabila Amirul memeriksa tiada sesiapa pun. Begitu juga dengan suara kanak-kanak menangis, mendayu-dayu bunyinya. Suara kucing mengiau-ngiau di sana sini. Semuanya membuat Amirul ingin menyiasat siapakah kanak-kanak itu. Amirul memang tidak percaya pada hantu. Padanya, itu cuma mainan perasaan. Sehinggalah pada suatu hari, dia terjumpa dengan beg sekolah kanak-kanak itu. Barulah Amirul tahu kanak-kanak itu bernama Mazliza. Tapi apa tujuan kanak-kanak itu menakut-nakutkan Amirul? Apa motifnya? Adakah sekolah itu berhantu? Ataupun ada sesuatu yang hendak disampaikan oleh kanak-kanak itu? 368 halaman


Cinta yang tidak berasas ibarat pokok yang baru mula tumbuh di biarkan kering dan mati. Pedih di hati hanya TUHAN sahaja yang tahu..... Bintang yang ingin dicapai rupa-rupanya hanya debu kaca yang berterbangan di kala malam.

Kalau Ada Cinta.........Hana Emi Husna.......RM16.60 Atas dasar simpati terhadap Pak Ngah Rafiq dan Mak Ngah Aisyah, Shahirah sanggup berkahwin dalam usia muda. Pengorbanan yang diberikan oleh Pak Ngah Rafiq dan Mak Ngah Aisyah menjaga Shahirah setelah kematian keluarga dalam satu kemalangan jalan raya memaksa Shahirah menerimanya. Isteri majikan Pak Ngah Rafiq bekerja menyuruh dia mencarikan calon untuk suaminya Fariz. Julia adalah isteri kepada Fariz. Orangnya cantik, berbudi bahasa dan bertanggungjawab namun disebabkan masalah kesihatan, dia rela mencarikan pengganti untuk suaminya. Fariz tidak bersetuju kerana Julia adalah wanita yang sangat dicintai walaupun mereka belum lagi dikurniakan cahayamata. Tidak mungkin dia mencari lain.Shahirah kebingungan. Tidak tahu hendak buat apa. Sanggupkah dia hidup bermadu? Lagipun Fariz tidak dicintai. Begitu juga dengan Fariz. Dia tidak boleh hidup tanpa Julia. Cintanya hanya untuk Julia. Namun Julia mahu membahagiakan Fariz. Sudah lama dia menderita sejak dia menghidapi penyakit serius. Status isteri kedua membawa tanggapan negatif ibu mentua dan adik ipar Fariz. Mereka tidak menerima Shahirah dalam keluarga dan menuduh Shahirah merampas kebahagiaan Fariz. Shahirah tertekan. Perselisihan berlaku antara Fariz dan Shahirah. Akhirnya Shahirah membawa diri. Ke manakah Shahirah lari? Dan apa pula tindakan Fariz? 352 halaman


Kehadiran Amylia bagaikan cahaya yang menyuluh kegelapan. Walaupun jauh di sudut hati cahaya bulan yang diimpi Diana. Menyebutkan nama itu membangkitkan rasa rindu yang tidak kunjung padam.

Bersama Akhirnya..........Nur Fatihah Mahmud........RM16.90
Hasriq Danial dan Diana Aima telah menyertai satu perkhemahan yang dianjurkan oleh pihak universiti. Semasa mereka menaiki bukit dengan menggunakan tali, tiba-tiba Hasriq tergelincir dan jatuh menghempap Diana. Kedua-duanya terjatuh di sebuah lembah yang jauh dari kawan-kawannya. Kaki Diana terseliuh dan terpaksalah mereka bermalam di dalam hutan. Hasriq rasa serba salah dan cuba membantu Diana namun Diana tidak mahu dibantu. Dia lebih suka menyendiri dan melayani perasaan. Diana tidak mahu jadi penghalang kerana dia tahu yang Hasriq sudah pun mempunyai kekasih bernama Nadia. Namun setelah dua hari betapa di dalam hutan, perasaan cinta mula berputik walaupun Diana menidakkannya. Pemergian Hasriq ke luar negara melanjutkan pelajaran telah merenggangkan hubungan mereka dan kematian Nenek Timah tempat Diana menumpang kasih telah merubah hidup Diana. Atas perlawaan Mak Esah iaitu adik ibu Diana, Diana menumpang hidup di rumah Mak Esah dan Pak Hamid. Atas permintaan Mak Esah juga, Diana telah dijodohkan dengan Ikmal, sepupunya walaupun dia tidak merestui. ‘Sudah jatuh ditimpa tangga’. Itulah yang tejadi pada hidup Diana setelah Ikmal berterus terang yang dia lebih menyayangi kekasihnya Farah. Diana yang kecewa terus merana setelah Ikmal sanggup membuat fitnah dan mengaibkan maruahnya. Akhirnya, Diana telah membawa diri ke ibu kota. Seperti bidalan orang tua-tua, ‘Hidup tanpa cinta, ibarat taman tak berbunga’. ALLAH Maha Kuasa, tidak semena-mena Diana bertemu semula dengan Hasriq tapi malangnya Hasriq sudah pun ditunangkan dengan Amylia atas permintaan ayahnya, Datuk Hussin. Sesungguhnya pertemuan semula itu menggembirakan Hasriq kerana pada dasar hati Hasriq, sayangnya dia pada Diana masih membara. Datin Sofea, ibu Hasriq sememangnya lebih menyenangi Diana sebagai menantunya. Dia mahu melihat Diana bersuamikan Hasriq sebelum penyakit barah meragut nyawanya. Berlainan pula dengan Datuk Hussin. Dia menentang keras cadangan isterinya. Dia tidak terima Diana yang berstatus janda itu. Baginya hanya Amylia yang layak menjadi menantu. Hasriq keliru dalam memilih teman hidupnya. Dapatkah Hasriq menerima Diana kembali setelah mengetahui dia kini seorang janda? Apa pula kata Amylia? Dan bagaimana tindakan Datuk Hussin seterusnya?
384 halaman




Seperti di hujung perjalanan itu,
ada sebuah cahaya yang bisa meneranginya sampai bila-bila.
Tapi sayang, cahaya itu sebenarnya sebuah duka yang amat pedih.
Pertemuan itu hanya satu persinggahan.

JANJI KITA.......Izzat Joelati........RM16.90


Datuk Afizal dan Datin Hidayah mempunyai seorang anak gadis bernama Izyan Amira. Izyan seorang gadis yang pintar dalam pelajaran dan sering mendapat markah tinggi dalam peperiksaan yang didudukinya. Tahun ini, Izyan akan menduduki Peperiksaan STPM dan bercita-cita ingin memilih pekerjaan tanpa dikongkong oleh orang tuanya. Datuk Afizal dan Datin Hidayah tidak bersetuju dengan keputusan Izyan yang ingin memilih sendiri pekerjaannya sebaliknya Datuk Afizal dan Datin Hidayah mahu anaknya itu mengikut jejak abangnya yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Izyan merajuk hati dan mengikut sepupunya Faizal pulang ke kampung. Di kampung Izyan telah berkenalan dengan seorang pemuda bernama Amir. Amir merupakan seorang usahawan kampung yang mengusahakan penternakan ayam, itik, lembu dan kerbau di samping mempunyai kolam ikan dan juga kebun sayur-sayuran. Dia merupakan pemuda kampung yang mempunyai kelulusan tinggi namun disebabkan susah hendak mendapat pekerjaan dia telah nekad untuk menjadi petani moden. Perkenalan bermula dalam satu insiden di mana Izyan terjatuh ke dalam petak sawah. Kebetulan Amir lalu di situ dan membantu Izyan. Dari situlah mereka mula mengenali hati masing-masing namun perhubungan mereka tidak direstui oleh Datuk Afizal dan Datin Hidayah. Mereka mahukan Izyan memilih orang yang ada pangkat dan kedudukan dan bukannya seorang usahawan kampung seperti Amir. Izyan tidak bersetuju dengan cadangan orang tuanya dan nekad ingin berkahwin dengan Amir. Dapatkah Izyan berkahwin dengan Amir? Dan apa pula tindakan Datuk Afizal dan Datin Hidayah?D 352 halaman



Seperti di hujung perjalanan itu, ada sebuah cahaya yang bisa meneranginya sampai bila-bila. Tapi sayang, cahaya itu sebenarnya sebuah duka yang amat pedih. Pertemuan itu hanya satu persinggahan.

JANJI KITA.......Izzat Joelati........RM16.90

Tuesday, June 13, 2006

Komen Dari Pembaca...

SECARIK HARAPAN
Bagi aku best la..citer tentang dua family yg nak pulihkan kembali hubungan yang renggang akibat perselisihan faham. bagi penulis baru aku rasa penulis nie boleh tandingi penulis sedia ada cam anis ayuni.. buku_ink

GERIMIS KASIH
aku dah baca novel nie..beli masa book fair ari tu..masa tu kat kedai buku takder lagi..
mengisahkan kisah rumah tangga suhaila dan haziq yang takde anak. berlaku konflik di mana Haziq menuduh Suhaila mandul setelah lima tahun mereka berkahwin.
dalam masa yg sama bos Suhaila, azizi jugak jatuh hati pada suhaila sedangkan dia tahu suhaila dah berkahwin..nak tau kenala beli.. best la cite nie..kobeli la zorroe.. buku_ink


Saya terjumpa Buku Prima ini di Pesta Buku. Pada mulanya, malas juga nak beli memandangkan semuanya penulis baru. Takut tak best. Tapi setelah mendapat sedikit info dari penjual Buku Prima, saya beranikan diri membeli tiga naskhah buku keluaran Prima, iaitu GERIMIS KASIH, KAU MAWARKU & TAK KUDUGA.
Balik rumah, saya pun mula membaca novel GERIMIS KASIH, mengisahkan orang yang tidak mempunyai anak. Dari satu bab ke satu bab, jalan ceritanya menarik hati saya. Belum pernah lagi, saya lihat penulis yang banyak memasukkan info, moral dan agama dalam novel itu. Syabas saya ucapkan kepada penulis buku ini ATHIRAH NATASHA... teruskan usaha murni itu. Endingnya memang best!!!
KAU MAWARKU pun saya dah habis baca, memang menarik. Kisah seorang anak datuk telah diguna-gunakan oleh seorang pemandu teksi. Jalan ceritanya begitu menarik dengan adengan-adengan suspen yang begitu mendebarkan. Tak tak puaslah pasal bersambung. Anyway saya akan tunggu sambungnya mesti best giler, penulisnya SHAHRIAH ABDULLAH.
TAK KUDUGA sedang dalam proses baca... nanti saya beritahu perkembangannya. Tahniah kepada penerbit baru ini Jadi.... tunggu apalagi acun.....beli cepat! Sebelum kehabisan stok....
puteriika

hehehe... bila dah habih bace Kau Mawarku akn kusambar pula Cinta Najla. jangan risau buku_ink. zorroe

memang best. Keluaran syarikat Buku Prima tapi nampak ada Alaf21 gak pengedar tunggal dia. Citer memang best2. Aku baru je beli keluaran yang terbaru tajuk apa tah, tapi ada ....Madu. Kisah seorang lelaki yang tak bekerja tapi berkahwin 3. Last-last dicerainya tiga2...n gila talak. Ceritanya memang menarik. ThreeSya

sekarang ada keluaran baru Alaf21 pulak, Buku Prima. Best-best semua buku dia. Aku dah baca 5 buku keluaran syarikat nih. ThreeSya

SECARIK HARAPAN
Buku ini menepati citarasa pembaca amat baik, senang difahami, banyak memainkan perasaan, mudah dihayati, berkesan disanubari dan saya berharap penulis ini dapat menulis buku yang sebaik ini walaupun pertama kali saya membacanya, terima kasih.
Drp: Noorhayati (Pelabuhan Klang, Selangor)

ALHAMDULILLAH...
Buku Prima berjalan dan berkembang dengan begitu baik sekali... Kini, Buku Prima telah pun menghasilkan 9 buah novel. Telah banyak juga Buku Prima menerima pelbagai komen dari segenap pembaca.. Segala komen anda kami amat berbesar hati kerana setiap komen yang Buku Prima terima amat bermakna buat Buku Prima untuk berkembang lagi maju... Terima Kasih..

Wednesday, May 10, 2006


KEPADA PEMBACA YANG INGIN MELANGGAN Dapatkan borang langganan novel-novel keluaran BUKU PRIMA di akhbar BACARIA (10 Mei/ bil.2225) dan MEDIA HIBURAN (bil.1096/6 Mei)

Sunday, May 07, 2006




SECARIK HARAPAN.............Zulaila Zakaria................RM19.90
TINDAKAN Adham mengahwini gadis asing bernama Nattasha telah menimbulkan konflik dalam keluarganya yang telah merancang menjodohkan Adham dengan Izzah anak Tuan Haji Ibrahim. Akibatnya, Adham bertindak menjauhkan diri dari keluarga dan meninggalkan kampung halaman. Kemunculan Aliya Nattalia, anak Adham telah membawa satu perubahan dalam hidup Tuk Wa, ibu Adham yang mahu merapatkan kembali hubungannya dengan keluarga Haji Ibrahim.Kali ini Tuk Wa mahu menjodohkan Nattalia dan Izzat Zaidi anak bongsu Haji Ibrahim untuk mendapatkan kembali tanah pusaka. Tanpa diduga suatu hari, Nattalia hampir lemas sewaktu bermain di tali air dan dia telah diselamatkan oleh Zaidi. Sejak itu, cinta mula berputik. Namun percintaan mereka mendapat halangan dari Adham. Dapatkah Tuk Wa merealisasikan hasratnya yang telah lama terpendam untuk menjodohkan Nattalia dengan Zaidi. Dan apa pula tindakan Adham seterusnya?



PAHITNYA MADU..........Nur Aifa...........RM16.90
SERINA telah berkahwin dengan Razlan di atas sebab-sebab simpati walaupun dia tahu yang Razlan sudah pun mempunyai isteri. Pada mulanya, kehidupan rumah tangga Razlan dan Serina berjalan lancar, tiada apa yang mengganggu mereka. Namun dalam diam, Razlan telah mengkhianati janji manis yang ditaburkan dan berkahwin lain. Setelah Serina mendapat tahu tentang hal ini, dia pun membawa diri. Pergaduhan tercetus antara isteri pertama, Rokiah dan ketiga, Anita. Masing-masing mahu merebut Razlan. Razlan kebingungan. Tembelangnya sudah pecah. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Siapakah yang Razlan pilih antara ketiganya?



CINTA NAJLA...........Shahriah Abdullah..........RM16.90
KEHIDUPAN rumah tangga Najla dan Herman bertambah seri setelah mendapati Najla mengandung. Sejak dia mengandung, Najla amat gemar memakan epal merah. Boleh dikatakan setiap hari, Herman akan singgah di kedai mendapatkan epal merah untuknya. Kalau tidak, seharian dia akan merajuk. Pada suatu hari, entah di mana silapnya, Najla mengalami sakit perut yang amat sangat. Macam hendak bersalin padahal kandungannya baru berusia tujuh bulan. Najla dibawa ke hospital tapi malangnya anaknya tidak dapat diselamatkan. Herman begitu kecewa dan menuduh Najla membunuh anaknya. Najla sedih dan Herman pula lari dari rumah. Dikejutkan pula, Herman berkahwin lain tanpa persetujuan.

Thursday, April 06, 2006


SECEBIS RINDU..........Alis Ashiqin............RM15.90
CINTA yang terpahat di hati Anis Amira terhadap Fakrul Azim telah terjalin sejak di bangku sekolah lagi. Masing-masing berlumba mengejar cita-cita sebelum diijabkabulkan tapi malangnya Anis Amira terpaksa berkorban memberi laluan kepada Fakrul Azim melanjutkan pelajaran ke universiti. Biarpun janji tetap bersama, lautan tenang tetap bergelora jua. Di universiti, Fakrul Azim berkenalan dengan Tengku Marsya. Fakrul Azim mula melupai kebaikan isterinya Anis Amira. Mampukah Anis Amira mengekalkan kesabarannya itu?


KERANAMU SOFEA...........Sarina Mohd Som.............RM16.90 MESKIPUN Datuk Abdul Majid mempunyai syarikat yang gah di pandangan masyarakat, namun anaknya Sofea lebih berminat bekerja sebagai wartawan. Dalam meranjau situasi yang mencabar itu, Pak Murad adik Datuk Abdul Majid cuba merampas syarikat itu dari tangan abangnya. Dia membuat rancangan agar Irfan dijodohkan dengan Sofea. Mampukah Sofea bersuamikan lelaki yang tidak pernah bertamu di hatinya? Apakah Sofea berjaya membatalkan niat jahat itu?


TAK KUDUGA.........Ramlah Rashid...........RM18.80
ANTARA kasih dan budi, kini telah bersatu di dalam hati Siti Atilia. Meskipun Datuk Firzat telah memberikan kekuatan cinta kepada Siti Atilia tetapi kehadiran Farami membuat Siti Atilia terbelenggu.
Siti Atilia dalam dilema memilih siapa yang sesuai. Antara Farami atau Datuk Firzat ayah Farami?
Sedangkan cinta kedua-dua lelaki itu telah beraja di hati.

SAYANGKU ALEEYA...........Wan Normi.............RM17.90
KASIH sayang Aleeya terhadap Nazira, ibunya tetap terpahat walaupun kehilangan Nazira menjadi misteri dan tanda tanya. Aleeya yakin, Alias iaitu majikan Nazira telah membunuh ibunya kerana pada hari kehilangan Nazira, Alias ada bersamanya. Dia mula benci pada Alias dan secara tidak langsung hubungan baiknya dengan Faizul, anak Alias terjejas. Kehadiran Fadzli, jiran Aleeya sedikit sebanyak telah mengubah hidup Aleeya. Namun bagi Faizul, kemunculan Fadzli telah menghancurkan cintanya pada Aleeya

GERIMIS KASIH............Athirah Natasha.............RM19.90
LAUTAN mana yang tidak bergelora dan pantai mana yang tidak berubah. Begitulah terjadi kepada rumah tangga Haziq dan Suhaila. Setelah lima tahun melayari bahtera kini kebahagiaan yang dipupuk sudah mula dilanda badai. Haziq telah mula bosan dan menuduh Suhaila mandul kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuknya. Dalam pada itu, Azizi majikan Suhaila cuba ambil kesempatan untuk memenangi hati Suhaila kerana bagi Azizi, Suhailalah satu-satunya yang sesuai menjadi suri hidupnya.

KAU MAWARKU...............Shahriah Abdullah.................RM15.90
PERTAMA kali bertemu Khairy, hati Najla sudah terpaut walaupun Khairy seorang pemandu teksi. Cinta mula bersemi di hati masing-masing. Namun percintaan Khairy dan Najla tidak direstui keluarga kerana mereka mahu Najla berkahwin dengan Herman, sepupunya. Tetapi cinta Khairy telah pun hadir di hati Najla. Kehadiran Khairy memberi sinar baru buat Najla. Tanpa diduga, di hari pernikahan Herman dan Najla, Najla melarikan diri. Apakah tindakan Herman? Dan siapa pula dalang yang memusnahkan perkahwinan mereka?

Buku Prima Sdn. Bhd.
201 Tingkat 1, No. 40 Jln. Penchala, Petaling Jaya.
Tel: 03-77820987 Faks: 03-77821307

Syarikat Buku Prima yang baru ditubuhkan ini kini telah menerbitkan 6 buah novel yang banyak mengupas kisah cinta, konflik rumahtangga dan kerjaya. Dapatkan novel-novel tersebut yang kini berada di pasaran...

Gerimis Kasih RM19.90 Kau Mawarku RM15.90 Sayangku Aleeya RM17.90
Keranamu Sofea RM16.90 Tak Kuduga RM18.90 Secebis Rindu RM15.90

Kepada mereka yang telah membaca novel-novel keluaran Buku Prima, kami alu-alukan
komen dan pendapat anda. Sokongan dan kerjasama anda semua membantu mengusahakan lagi Buku Prima terunggul di Malaysia. Terima Kasih.
Kepada yang berminat sila hubungi pengedar kami di talian 03-55118821/20